Thursday, January 7, 2010

Bila Papa ke dapur

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

Tak dinafikan bahawa papaku antara lelaki/suami/papa/datuk yang sering ke dapur untuk menunjukkan skil memasak yang boleh dikatakan mantap....dan hasil masakan papa boleh diberi ‘standing ovation’ tapi untuk masakan yang menjadi la…kadang2 ada gak tak jadi..terlebih minyak la..itu la..ini la..sbb tu muka anak beliau berminyak dan kesannya adalah lapisan muka ku dihiasi indah dengan manik2 merah dan ada yang btukar menjadi warna cokelat....Wajarkah papaku dipersalahkan dalam hal ini? Oh tidak…muka mama tak de kesan pun...makin berseri jer..mungkin berkat hasil tangan seorang suami..….Secara konklusinya, jangan sesekali tidak menjamah masakan beliau...kalau terlebih minyak tu..anggap je terlebih curah kasih sayang..gembirakanlah hati orang tua dengan ikhlas..dapat pahala…


Berbalik kepada tajuk di atas….papaku ni juga sering mencipta resepi dan menukar2 lauk dari tak berkuah jd berkuah…dari berkuah bertukar menjadi langsung tak de kuah..contohnya..hari ini masak gulai ayam…boleh jadi esok gulai ayam tu bertukar menjadi ‘bergedil’ (padahal anak beliau belum puas mkn gulai ayam yang sedap itu)…ada satu kisah bab tukar2 ni…semalam, betapa rajinnya mama menolong aku memasak ‘daging masak kicap’.untuk makan malam..kalau bab masak memasak ni aku masih peringkat Prof Madya….belum ke tahap Datuk Dr Prof Er..(fuh pangkat di dunia)…kerana itu, aku masih membutuhkan bantuan mama…Mama sering berpesan..sambil2 masak tu..jangan lupa berzikir..



Berbalik lagi sekali kepada tajuk di atas, kami makan malam sebelum azan maghrib berkumandang….dalam pukul 6.30 petang…(kaum cina biasanya makan sebelum malam)..masa makan, kelihatan papaku agak excited dan berselera menjamah ‘daging masak kicap’ yang telah dimasak olehku dengan jayanya…seraya hatiku berkata “sedap kot aku masak”..hee..memuji diri sendiri..Alhamdulillah kenyang


lebih kurang pukul 9.30 malam…papa ke dapur…aku di ruang tamu..terhidu bau ‘ayam masak kicap’ yang dipanaskan…hatiku berbisik “papa nak mkn lagi la tu…sedap la tu..” sedang enak melayan hati ni..tetiba kedengaran seperti papa sedang masak sesuatu…tong tang tong..begitu la bunyinya bila sudip bertemu kuali..kemudian, papa memanggil mama dan aku ke dapur…untuk merasa masakan beliau…tau tak papa masak apa…rupa2nya


Papa telah menukar ‘daging masak kicap’ kepada ‘daging masak massala pedas’..sudah tukar…huhu…lauk yang aku masak kira tak mencapai tahap piawaian lidah papaku…masa makan tu…bukan wajah excited …tapi wajah kesian…~sekian~





1 comment:

Blog Widget by LinkWithin