Friday, April 9, 2010

Semakin Hampir

Assalamualaikum semua…..

Ahhh..apa yang aku nak type nih…kalo korang nak tau…dah dua tiga ayat aku bina utk entry kali ni…tapi entah kenapa….jari kelinking ku ini seringkali menekan Backspace…..sepertinya aku kekeringan idea. atau terlalu banyak perkara yang hendak diceritakan …akhirnya tak tau nak cerita apa….otak sedikit bercelaru disitu...serabut…~ rileks ~

Baiklah….tatkala jari jemariku menari riang di atas keyboard..telingaku sedang kusyuk mendengar alunan tarannum dari surau berhampiran…~ oh..begitu tenang ~ aku dambakan pengisian rohani …kadang2 diri ini leka dan lalai…sibuk dengan tugasan duniawi….kurang bermuhasabah diri….sering menyalahkan masa.... ‘segalanya dirasakan tidak sempat…tidak ada masa…banyak perkara lain yang harus dibereskan’ dunia oh dunia….

Jangan sesekali menyalahkan masa…..tapi salahkanlah diri sendiri yang tidak menghargai masa dengan sebaik2nya…teringat aku dengan lirik lagu Demi Masa yang didendangkan oleh kumpulan nasyid Raihan


Sahabat semua…jika berbicara soal masa…kadang2 kita tidak terasa betapa pantasnya masa berputar…bermula dengan satu detik…satu saat…satu minit..satu jam..satu hari….dan seterusnya….seperti situasi aku kini…pejam celik pejam celik….alam praktikum semakin menghampiri titik noktah…tinggal beberapa minggu sahaja lagi..tidak sabar rasanya menanti saat terakhir bergelar cikgu praktikal….ini juga bermakna tidak lama lagi aku akan melangkah keluar meninggalkan dunia SEMESTI…..bila semakin hari semakin hampir pada tarikh keramat 14 Mei 2010, diri ini semakin bersemangat untuk mengajar.....menggunakan masa yang singkat ini dengan sebaik2nya..insyaAllah...ajar lah dengan penuh kesabaran dan hati yang ikhlas…
~ mencari redhaNya adalah tujuan utama ~

Blog Widget by LinkWithin