Monday, September 28, 2009

MaMa dan Cermin



Mama dan Cermin




p/s : hobi terkini...tangkap gambar banyak2...edit gambar...tengok gambar..upload gambar...wahh semua berkaitan gambar...
bila gambar tak cun..bg jd cun..so semua ingat kite ni cun...tgk face to face
oh..budakni tak cun pun...aku kena tipu nih...
kadang2 gambar ni menipu jer...

Sunday, September 27, 2009

Selamat Ulang Tahun Mama

Selamat Ulang Tahun yang ke-61 Mama


nurul sayang mama..
saaaaaaaayaaaaaanngg mama..mmmuahhhh!!
mendengar suara mama
melihat wajah mama
jiwa ini tenang

berjalan beriringan..berpegangan tangan
bersembang sambil bergelak ketawa
berkongsi cerita
tentang cita-cita
tentang cinta
tentang citra kehidupan
tanpa rasa bosan
biarpun ada kalanya..bercerita tentang perkara yang sama
diulang-ulang...
tapi tetap tidak pernah bosan
kerana mama setia mendengar
kerana mama pendengar terbaik
kerana mama tahu..nurul suka cerita 'itu'

bila galak bercerita...
maka...papa mula cemburu
cemburu melihat kami berdua ketawa mengekek-ngekek
mula menyampuk..tanpa mengetahui hujung pangkal cerita
berselisih pendapat....
pendapat papa sering bertentangan...berbeza
berlakulah...sedikit perbalahan
akhirnya papa mengalah
merajuk..bawak diri ke dapur..hisap rokok
hehe..kesian papa...tension dengan sikap kami yang tak memahami

mama..jaga kesihatan
tambahkan berat badan
setiap kali pulang kampung...susuk badan semakin susut
dari 65 kg...jadi 55 kg..kini 45 kg
jangan dikurangi lagi
tak sanggup diri ini melihat
papa pun tak suka tengok mama kurus

papa runsing....
kerana itu..papa sering masak yang sedap2 untuk mama...
papa belikan makanan yang lazat2..
beli buah-buahan...buat air buah untuk mama...
setiap pagi..papa menemani mama berjalan kali menghirup udara segar di luar...
setiap malam..papa buatkan air susu untuk mama...
bila kaki maka kejang..papa akan urut kaki mama..dan sebaliknya
bila mama nak mandi..papa akan panaskan air untuk mama..
bila baju 'customer' dah siap..papa akan tolong gosokkan baju..
bila mama tengah 'potong kain' customer..papa basuh dan jemur kain...

~sebak~


selamat ulang tahun mama

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Minal Aidil Wal Faizin


sempena hari baik bulan baik ni
ku mohon seribu kemaafan andai diriku ini ada tersalah kata...tersilap bicara..hati kadang tersalah duga...kerna diri ni tak sempurna...
di kesempatan ini...ku ucapkan
selamat hari raya minal aidil wal faizin
kepada sahabat2 semua...
kirim salam aidilfitri kepada ayah bonda dan keluarga tercinta


salam sejahtera salam bahagia
moga gembira di hari mulia
ampun maaf di pinta
moga silaturrahim terjalin sentiasa

p/s : blog, ym, fb dan sealiran dengannya akan kembali aktif selepas cuti raya...semoga ketemu lagi
~mohon petunjuk dariNya~

Sunday, September 13, 2009

Bengkel Praktikum...

~Assalamualaikum~

Hari ni..aku dan sahabat2 berpeluang untuk menghadiri Bengkel Praktikum yang dianjurkan oleh pelajar Kuliah Kaedah Berangka Kump. B



Banyak input yang aku perolehi sepanjang bengkel ini berlangsung biarpun ada waktunya aku terlelap seketika..(perkara biasa)..sahabat2 sekeliling dah faham sangat dengan tabiatku ni..saat mata terlelap..tidak bermakna..cuping telingaku ini tidak mendengar..hehe..

Bengkel 1 : 'tika bakti disemai'

slot ni disampaikan oleh En Dzulhilmi b Hussin..mantan Yang diPertua JMK...kini dia bertugas sebagai pensyarah sementara di kolej swasta...dia menceritakan pengalaman sepanjang mengharungi dunia praktikum....

aku tertarik dengan kata2 nya...

" Jadikan kehadiran kita dirasakan ada "

~diri ini mula berdebar untuk menempuh alam praktikum~

antara tips2 yang diberikan ialah:
  • ekspresi muka sewaktu pertama kali masuk ke kelas mestilah tegas (tegaskah aku ini??)
  • mesti yakin diri
  • sentiasa bersedia dengan hal2 yang tak dijangka..
  • kenalpasti nama dan kebolehan pelajar...
  • sabar..sabar dan sabar
  • jangan sentuh pelajar..
  • suara lantang..(suara aku??..agak lantang...tapi jangan jerit2)
  • pandai kawal kelas
  • bergaul mesra dengan guru..tapi jangan plak join aktiviti mengumpat..
  • jangan duduk bersama budak2 praktikum
  • mahir dalam komputer...
  • terima je tugasan yang diberikan..jangan kata kita tak boleh...jangan kata tak nak...
pengalaman En.Dzulhilmi..dia diberikan tugasan untuk conduct kelab kompang..padahal dia tak pandai lansung main kompang..tapi dia terima jer...sahut cabaran..balik rumah..search kat utube cara main kompang..dia pun belajar basic main kompang dr utube..alhamdulillah..kumpulan kompang yang dia kendalikan berjaya jadi juara peringkat daerah...

lagi satu...ada student tu tanya CPR tu stand for what...en. Dzulhilmi pun taktau..tapi dia taknak tunjukkan yang dia taktau maksud CPR..so, dia minta student buat kumpulan..cari maksud CPR dalam 10 minit..masa tu..dia cepat2 call kawan dia..tanya CPR tu mende..bila masa dah tamat...maka dia boleh jawab soalan student tu dengan jayanya...

~aku dah risau nih~

dia nasihatkan..sebelum pergi praktikum..jumpa dulu penyelia kita...buat diskusi utk mendapatkan gambaran awal...sbb setiap penyelia..dia ada cara masing2 untuk menilai kita nanti...

~belum tahu lagi..siapa penyelia, mungkin lepas raya~

p/s : bukan senang nak jadi cikgu...apalagi nak jadi pendidik...mohon petunjuk dariNya..

Saturday, September 12, 2009

Berbuka Puasa di KHAR



Assalamualaikum
22 Ramadhan...sedar tidak sedar...ramadhan semakin mendekati penghujungnya...sudah masuk fasa ke 3..Fasa dijauhkan daripada api neraka...
merenung diri ini sejenak...bagaimanakah penghayatan ku terhadap ramadhan kali ini...adakah lebih baik dari tahun2 yang sebelumnya..ataupun..sama..tiada beza..puasa hanya sekadar rutin biasa...sahur~puasa~berbuka puasa~terawih (jika berkesempatan)~


Berbuka puasa di KHAR

hari ni aku berpeluang berbuka puasa bersama warga KHAR...suka sangat..kerna ramadhan kali ni aku sering berbuka puasa bersendirian..bertemankan barangan runcit yang takde nyawa....biasalah kalau kerja dari pukul 5 hingga 8.00 mlm...time tu memang waktu kemuncak...ramai pelanggan yang datang..naik lenguh kaki ni berdiri...sibbaik tak mengalami kekejangan otot..kalau tetiba kaki aku ni kejang time orang ramai..mcm ner erk??

berbalik pada tajuk di atas....

kami dihidangkan dengan nasi, ayam masak merah, sayur, buah tembikai n air purple..sedap2...

nyam nyam nyam

Sementara menunggu waktu berbuka...mcm biasa..sempat lagi..snap pic..




~wajah2 kelaparan~

Alhamdulilah...bersyukur atas nikmat rezki yang Allah berikan...



Friday, September 11, 2009

Lambaian Malar Hijau...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah.....tepat jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Sri Tanjung telah berlangsungnya Majlis Perasmian Pembukaan Kempen Kitar Semula sempena
UPSI'S ENVIRONMENTAL WEEK 2009..


objektif program ini dijalankan ialah untuk menggalakkan sikap kitar semula di kalangan pelajar, pensyarah dan staf UPSI....Majlis ini telah dirasmikan oleh Prof Dr Mustaffa b. Ahmad, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, UPSI.

Program kitar semula diadakan selama sebulan bermula 11.09.09 hingga 9.10.09...antara aktiviti menarik yang disediakan adalah pertandingan merekacipta drpd bahan2 terbuang..mengumpul bahan2 terbuang..

sepanjang majlis berlangsung

..aku dan sahabatku, Qat ditugaskan untuk menjadi Pengerusi Majlis..pada mulanya..perasaan ini agak berdebar..kerna baru pertama kali...tapi alhamdullillah..perasaan debar dan gemuruh di jiwa dapat ditangani apabila melihat wajah sahabat2 perjuangan yang tenang dan ceria...masing2 mengharapkan yang terbaik untuk program ini...

~aku & Qat~

Selepas majlis selesai..dif2 kehormat beredar..tiba2..alunan lagu raya berkumandang....secara automatik..majlis ni trasform jadi majlis raya (praSyawal)..hehe..seperti biasa..snap pic..sana situ sini..pensyarah pembimbing, Ms Hamidah pun tak ketinggalan join sekali..sangat sempoi..


Group D (TSE 2013)


Group 6
(Ketua : Mohd Shahir as Pengarah Program)


..Hijau..

semoga program ini berjalan dengan lancar
doakan yang terbaik..

Takbir raya sudah bergema,
santapan bersama ketupat dan lemang,
menjaga alam tanggungjawab bersama,
biarpun susah..hati kan tenang.

Indah purnama tidak terkata,
canti berseri di waktu malam,
peranan utama adalah kita,
membentuk diri cintakan alam.

Thursday, September 10, 2009

Di sebalik 09.09.09



Assalamualaikum....
Hari ni 10.09.09...jadi tarikh unik 09.09.09 telah pun berlalu..pelbagai kisah suka duka di sebalik tarikh ini...

kisah suka



aku dengan sahabat2 berbuka puasa di KFC..tepat jam 6, tika hujan turun dengan lebatnya...kami bertolak dengan menaiki kereta 'prebek' (mcm tu ke eja dia)...sem ni kira first time aku makan kat KFC yang dah di'renovate'...luas dan selesa..
mcm biasa..snap2 gambar tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.tapi masih dalam keadaan yang terkawal...pepun kami bahagia..hehe...dah upload dlm facebook..suke la snap2 ni
ingat nak beli kamera y canggih..ala2 photographer tu..masih belum ada kesempatan..takpe..pelan2..insyaAllah de rezki..beli..


kisah 1/2 suka 1/2 duka

aku dan sesuatu

(tidak mahu berulas panjang..)

ok..kembali fokus pada satu lagi kisah


kisah duka

masa aku kat KFC..tiba2 aku terima mesej dari roomate ku Mira yang comel..dia sudahpun berumahtangga..hihi.so jangan cuba2 nak ngorat dia..umur kami sebaya...


mesej dia berbunyi begini :


" aini, nape x tutup strika..habis cadar ore
nsib baik ore blik awal..ln kl hati2la cikit"


astaghfirullah a'azim..Ya Allah..nape aku cuai sangat nih..aku lupa sangat2..memang aku tak check blik pas aku iron tudung atas katil dia...masa tu aku tergesa2..
(muka kesal sambil menyalahkan diri ni )
rasa bersalah......

sampai2 jer rumah..terus meluru ke arah Mira..ungkapan maaf disebut berulang2 kali..hati sedikit lega..bila melihat ekspresi wajah nya yang tenang..masih sempat ketawa kecil....tapi hati ni masih rasa bersalah..rasa kesal masih tersisa...

hari ni...aku beli cadar untuk mira..biarpun dia ckp tak payah beli ...sbb tak teruk sangat..tapi aku nak beli gak..aku kata kat Mira:
terimalah hadiah dari sebuah kesilapan...


end of story


Wednesday, September 9, 2009

09.09.09



Assalamualaikum..
pejam celik pejam celik..hari ni genap 19 hari kita berpuasa..masa berdetik pantas tanpa kita menyedarinya...tempoh menamatkan 'cabaran' juga semakin hampir...'cabaran' yang diberikan tidak semudah membalikkan telapak tangan...perlu dijalankan dengan tenang dan penuh ikhlas...mampukah aku?

sebenarnya..tarikh hari ni agak menarik..09.09.09...kebiasaannya ramai yang ingin melangsungkan pertunangan dan pernikahan pada tarikh yang unik dan bermakna..pada yang berniat untuk menikah pada tarikh2 yang unik...anda bolehlah pilih..10.10.10...11.11.11..atau 12.12.12...hehe..tapi ada apa pada tarikh??
tarikh hanya sekadar tarikh...
yang penting keberkatan dalam sebuah hubungan yang dibina..
adakah hubungan itu dibina kerana nafsu semata-mata..?
adakah hubungan yang dibina atas dasar cinta yang terpelihara dari murka Allah..?
tepuk dada tanya iman...

end of story


Tuesday, September 8, 2009

Menjelang raya...

Assalamualaikum...
ni nak cita pasal suasana menjelang raya kat KHAR skit....
beberapa hari lepas..KHAR ada buka gerai2 jualan
ada jual tudung..kerongsang..kerepek..biskut raya...mcm2 ar..tapi tak semeriah tahun2 yang sebelumnya..
tahun ni buka gerai skit jer..so tak banyak pilihan...biarpun tak banyak pilihan...gerai2 ni kira tak menang tangan...lebih2 lagi gerai y jual tudung..sempat jugak la aku snap pic..


Pilih! pilih! Pilih! jangan tak pilih!..murah je dik..sehelai RM 20
(jerit abang yang baju merah tu)
sukenye dia...ramai yang beli tudung kat gerai dia nih.



masa ni..aku tgk je gelagat2 diorang ni pilih tudung..pilih yang cantik2...aku ni heran gak dengan diri ni..sbb tak teruja langsung..tak de perasaan nak beli..tgk jer orang beli...padahal aku kena top up tudung..sbb de tudung tu yang dah semakin pudar warnanya...kerongsang pun tak beli...brapa kali lalu gerai tu..pandang tak berkelip.cantik2..murah plak tu..tapi tak beli pun..huhu...nape erk? nak beli pun malas...mungkin mood raya tak datang lagi..

tapi yang pasti..baju raya..insyaAllah siap..maklumlah mama yang jahit...mama la yang pilih kain semua..biasalah..pilihan mama sentiasa terbaik...sebab apa aku ckp mcm tu..masa tu..ada la 2 3 pasang baju tu..aku tak berapa suke sangat dengan kain yang mama pilih...pastu aku jarang sangat pakai..tapi tak ckp la yang aku tak suka..tapi mama macam tau2 je..biasalah naluri seorang ibu...sangat memahami perasaan anaknya...pastu..mama suh pakai baju tu gi Kuliah..ambik masa gak ar aku nak pakai baju tu..adala 2 bulan baju tu terperap dalam almari.. then.tetiba rasa nak pakai...bila pakai...kawan2 puji..cantikla baju nih..hehe..aku pun rasa selesa sangat pakai baju tu...selalu plak aku pakai g kuliah..

pastu..call mama..

aku : mama, baju yang wane biru tu nurl pakai gi kuliah...mcm cantik la plak..hehe..kwn puji..

mama : tu lah mu...mu tu selalu mcm tu..lambat menikmati...


end of story


p/s: ape lah y aku melalut nih..

Saturday, September 5, 2009

Kucing ajaib....




assalamualaikum...tetiba nak cita pasal kucing plak..biarpun aku bukanlah peminat kucing..tak pernah ada kucing...bukan takut kucing.....memang takde rasa nak bela kucing pun..huhu..

aku de sorang kawan nih..obses dengan kucing....ingat lagi..kalau dia tak gi sekolah tu...alasan dia tak gi mesti membabitkan kucing....kalau kita tanya ....awat hang tak mai sek semalam...jawapan dia .....erm kucing aku mati...kucing aku sakit..kucing aku cakar aku..kucing aku itu ini..mcm2 ar..

actually....idea nak cita pasal kucing nih terbit bila aku terbaca berita pasal
Kucing Hidup ditusuk anak panah..


kesian kat kucing nih..tetiba zuuppppp datang sebilah anak panah menembusi bahagian kepala...apa masalah pemanah tu sebenarnya..nak tunjuk skill pun..agak2 ar...kan banyak lagi benda lain leh jd mangsa..jangan la haiwan yang tak berdosa jadi sasaran....

Haiwan pun makhluk ciptaanNya...ada hak untuk hidup aman di muka bumi ni..kita pun kena beradab terhadap haiwan .....


Friday, September 4, 2009

Bila....


Assalamualaikum...
erm...apa ek nak cite...kadang2 bila kehidupan kita ni dikelilingi oleh orang yang senang..maksudnya.. senang dapat apa yang diinginkan..tak perlu bersusah payah untuk mendapatkannya...mungkin kita akan t'fikir..kenapa la aku tak senang macam orang tu...kenapa aku perlu bersusah payah....baru dapat apa yang aku nak...itupun belum pasti dapat..mula membanding2kan diri..kenapa dia beruntung..kenapa aku mcm ni..?

mulalah merungut...maka rasa syukur itu mulai berkurang...diri ini mula menitikberatkan pada perkara yang salah..mula fokuskan diri pada apa yang kita inginkan...bukan pada apa yang kita miliki.....perasaan mula resah gelisah....

ingatlah bahawa...bila kita tak dapat apa yang kita idam2kan

"boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(surah al-Baqarah ayat 216)

Belajarlah untuk lebih bersyukur wahai diri ini.....
rasa syukur yang kuat..membuatkan diri ini bertambah kuat..
rasa syukur menempatkan diri ini dalam rangka fikir yang positif...


AKU TAK SELALU MENDAPATKAN APA YANG AKU SUKAI..KERANA ITU..
AKU SELALU MENYUKAI APAPUN YANG AKU DAPATKAN...



Blog Widget by LinkWithin