Tuesday, May 11, 2010
SYOKNYA KAYAK
Monday, May 10, 2010
KOTAK KATIK
Fahamkah anda dengan makna perkataan di atas…kotak katik….belum jelas maknanya…baiklah..untuk lebih jelas..ku tambah dengan imbuhan..diperkotak-katikkan...jelas? baiklah...untuk lebih terang dan jelas..ku bina satu ayat ringkas...bunyinya begini...Aku seorang yang mudah diperkotak-katikkan oleh orang lain...jelas? masih tidak jelas barangkali...tidak mengapa...
Ku mula bicara dengan satu persoalan...Bagaimana ya perasaan anda apabila diri anda seperti diperkotak-katikkan kerana kelemahan anda....? anda tidak bijak melawan kata orang lain...tidak berdaya memperjuangkan hak anda sendiri...tidak pernah meluahkan perasaan tidak puas hati anda terhadap tindakan orang lain....namun anda tetap bersabar..berdiam diri..membisu tanpa kata...hanya mengangguk tanda patuh....dan membenarkan keadaan ini berlaku pada diri anda berulang-ulang kali....
Aduh..betapa peritnya hati ini bila diperlakukan sebegitu....kadang-kadang air mata mengalir..tanda aku tidak tahan dengan keadaan ini...menangis dan terus menangis...agar air mata dapat memadam api yang sedang marak membahang di dalam hati...memujuk diri agar terus bersabar....aku tidak melawan...kerana ku tahu...jika aku melawan..maka keadaan bertambah buruk...aku tidak mahu itu berlaku....
Biarlah mereka dengan cara mereka.....namun aku tetap bertahan...bersabar..dan terus bersabar...anggap seperti diri ini kebal...hakikatnya...aku lemah...biarpun begitu...aku tetap bersyukur kerana dikurniakan hati yang sabar...namun sampai bila aku bisa menahan sabar....aku tidak pasti...tapi yang pasti...keperitan hati ini akan berakhir tidak lama lagi......Pengalaman mengajar aku untuk menjadi lebih kuat...biarpun ku tahu..aku lemah..tapi..tidakkah mereka merasa...aku juga punya perasaan.....nasihat ku...jangan lah bersikap demikian pada orang lain.....aku? ya mungkin bisa..kerana aku bukan seperti orang lain...tapi jika mereka...sudah pasti giliran anda yang diperkotak-katikkan......
Friday, April 9, 2010
Semakin Hampir
Ahhh..apa yang aku nak type nih…kalo korang nak tau…dah dua tiga ayat aku bina utk entry kali ni…tapi entah kenapa….jari kelinking ku ini seringkali menekan Backspace…..sepertinya aku kekeringan idea. atau terlalu banyak perkara yang hendak diceritakan …akhirnya tak tau nak cerita apa….otak sedikit bercelaru disitu...serabut…~ rileks ~
Baiklah….tatkala jari jemariku menari riang di atas keyboard..telingaku sedang kusyuk mendengar alunan tarannum dari surau berhampiran…~ oh..begitu tenang ~ aku dambakan pengisian rohani …kadang2 diri ini leka dan lalai…sibuk dengan tugasan duniawi….kurang bermuhasabah diri….sering menyalahkan masa.... ‘segalanya dirasakan tidak sempat…tidak ada masa…banyak perkara lain yang harus dibereskan’ dunia oh dunia….
Jangan sesekali menyalahkan masa…..tapi salahkanlah diri sendiri yang tidak menghargai masa dengan sebaik2nya…teringat aku dengan lirik lagu Demi Masa yang didendangkan oleh kumpulan nasyid Raihan
Sahabat semua…jika berbicara soal masa…kadang2 kita tidak terasa betapa pantasnya masa berputar…bermula dengan satu detik…satu saat…satu minit..satu jam..satu hari….dan seterusnya….seperti situasi aku kini…pejam celik pejam celik….alam praktikum semakin menghampiri titik noktah…tinggal beberapa minggu sahaja lagi..tidak sabar rasanya menanti saat terakhir bergelar cikgu praktikal….ini juga bermakna tidak lama lagi aku akan melangkah keluar meninggalkan dunia SEMESTI…..bila semakin hari semakin hampir pada tarikh keramat 14 Mei 2010, diri ini semakin bersemangat untuk mengajar.....menggunakan masa yang singkat ini dengan sebaik2nya..insyaAllah...ajar lah dengan penuh kesabaran dan hati yang ikhlas…
~ mencari redhaNya adalah tujuan utama ~
Wednesday, March 17, 2010
amira ashalina
Sunday, March 7, 2010
Dunia Baru
Assalamualaikum semua….heee…rindu la…sudah lama saya tak update blog saya nih……hampir sebulan lebih…sibuk katakan…tak sempat..heee…padahal boleh je nak update…banyak perkara yang nak diluahkan dan dikongsi bersama..tapi bila time nak update jer… tetibe..jari jemari menjadi kaku ...otak pula seperti di paku….idea tersimpan elok di saku ..maka…tiada apa-apa yang berlaku….heee. (dah lama benor tak merepek mcm nih)….
Heee…sebenarnya..saya kini sedang menjalani Praktikum selama 14 minggu di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI)..dah hampir sebulan lebih saya di sini bersama teman-teman yang lain…selama sebulan menggalas tugas sebagai CIKGU PRAKTIKAL…apa yang saya dapat ? sudah pasti pengalaman…banyak perkara yang saya belajar…belajar mengenai makna panggilan CIKGU yang tidak boleh dijual beli…yang sarat dengan makna tersirat lagi tersurat…saya mula memahaminya sedikit demi sedikit...
Saya ditugaskan untuk mengajar kelas 2 Ibnu Khaldun bagi subjek Matematik dan kelas 4 Ibnu Zuhr bagi subjek Matematik dan Pendidikan Sivik… saya terima dengan hati yang terbuka….selama sebulan….banyak perkara yang saya belajar dari anak murid saya…..pelbagai kerenah pelajar yang harus saya hadapi setiap hari…..terutamanya pelajar tingkatan 2….banyak cabaran dan dugaannya…saya fikir saya mampu untuk tidak menangis…tapi…air mata ku jatuh jua membasahi pipi ini…bukan pada hari pertama saya mengajar..tapi setelah sebulan barulah saya mula menangis teresak-esak …(hee..sedih la plak)… Mengapa ya ? Jeng jeng jeng….saya akan ceritakan pada entri yang akan datang…..hehe..
Apapun….gelagat pelajar-pelajar di sini menghiburkan hati saya yang kadang-kadang kelam tanpa cahaya…
“ Cikgu Nurul…lepas praktikal nanti mengajar kat mana ? ajar lah kami cikgu…’’
“ Cikgu Nurul sayangg…soalan ni nak buat macam mana… ? Saya tak paham…..’’
Banyak lagi la gelagat mereka yang suka mengusik, menyakat cikgu nurul aini nih…heee….ok lah..nak buat megi jap..untuk makan malam…heee….ada masa saya cite lagi k….
~ Cikgu Nurul Aini~
Thursday, January 7, 2010
Bila Papa ke dapur
Tak dinafikan bahawa papaku antara lelaki/suami/papa/datuk yang sering ke dapur untuk menunjukkan skil memasak yang boleh dikatakan mantap....dan hasil masakan papa boleh diberi ‘standing ovation’ tapi untuk masakan yang menjadi la…kadang2 ada gak tak jadi..terlebih minyak la..itu la..ini la..sbb tu muka anak beliau berminyak dan kesannya adalah lapisan muka ku dihiasi indah dengan manik2 merah dan ada yang btukar menjadi warna cokelat....Wajarkah papaku dipersalahkan dalam hal ini? Oh tidak…muka mama tak de kesan pun...makin berseri jer..mungkin berkat hasil tangan seorang suami..….Secara konklusinya, jangan sesekali tidak menjamah masakan beliau...kalau terlebih minyak tu..anggap je terlebih curah kasih sayang..gembirakanlah hati orang tua dengan ikhlas..dapat pahala…
Berbalik kepada tajuk di atas….papaku ni juga sering mencipta resepi dan menukar2 lauk dari tak berkuah jd berkuah…dari berkuah bertukar menjadi langsung tak de kuah..contohnya..hari ini masak gulai ayam…boleh jadi esok gulai ayam tu bertukar menjadi ‘bergedil’ (padahal anak beliau belum puas mkn gulai ayam yang sedap itu)…ada satu kisah bab tukar2 ni…semalam, betapa rajinnya mama menolong aku memasak ‘daging masak kicap’.untuk makan malam..kalau bab masak memasak ni aku masih peringkat Prof Madya….belum ke tahap Datuk Dr Prof Er..(fuh pangkat di dunia)…kerana itu, aku masih membutuhkan bantuan mama…Mama sering berpesan..sambil2 masak tu..jangan lupa berzikir..
Papa telah menukar ‘daging masak kicap’ kepada ‘daging masak massala pedas’..sudah tukar…huhu…lauk yang aku masak kira tak mencapai tahap piawaian lidah papaku…masa makan tu…bukan wajah excited …tapi wajah kesian…~sekian~
Tuesday, January 5, 2010
Bowling
Do you like to play bowling? If you ask me…I will answer YES.… I love to play it. If I am not mistaken, the first time I played bowling was when I was eighteen. A person who introduced me this game was Yani, my best friend. We have known each other since primary school.
Me and yani
At first, I did not know how to play, how to hold and throw the bowling ball correctly and how to strike down all the pin balls. I just played without thinking much and did not feel ashamed even no pin balls fell. Now, I have improved my skills though it is not as perfect as the professional players who have practiced regularly, but I feel satisfied when I get good score.
left handed player
Actually, I had participated for two Bowling Tournaments. The first one, was when I worked in Automotive Lighting Factory as clerk five years ago. At that moment, my group didn’t win the prize but we had done the best and enjoyed the game.
Yani, Miza n Me
The second tournament was last couple of weeks which was organized by Puteri Teluk Kumbar Association. In this game, I played as individual and competed with my friends, Yani and Miza and another participants. We played for 3 games and I was on the same lane with Yani… I felt a little bit nervous at the beginning of the game, then after a while I felt more comfortable and I tried to score the best that I could. Deep inside me, I wanted to win but it didn’t matter which place I would get. But I did not think too much about this
matter... I just enjoyed and focused on games.
After we finished all the games, the hostess, Tini played her role to announce the winner. At that time, I was forlorn and felt that I would not get any place because other competitors made me impressed. Then,
Tini : The winner for the second place is NURUL AINI…
Nurul : just smile and walk forward to take present.
happy..
Alhamdulillah… even it was just a small tournament, but for me it was a big win and it certainly boosted my confidence to play again for another tournamenst. ~ END~
Friday, January 1, 2010
~2010~
some people procrastinators
some people act now
some people love to point fingers
some people love to extend their hands
some people question every answer
some people hava an answer to every question
some people hate to loss argument
some people love to win hearts
some people want a change
some people want to be the change
some people are blind except to their own colour
some people are colour blind
some people are proud to belong to their race
some people take pride in belonging to the human race
This New Year, is not about who is perfect...who is not...It is about sharing One Legacy, One Destiny, 1Malaysia..Sharing is caring....