Tuesday, March 31, 2009

Tentang Seseorang

Ku lari ke hutan kemudian menyanyiku,.
Ku lari ke pantai kemudian teriakku
Sepi..sepi dan sendiri aku benci
Ingin bingar aku mau di pasar..
Bosan aku dengan penat
Enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh
Ada malaikat menyulam jaring labah-labah belang di tembok keraton putih
Kenapa tidak kau goyangkan saja locengnya biar terderai
Atau aku harus lari kehutan
Belok ke pantai..?

Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri


p/s: tetiba je aku jadi suka baca puisi ni..(dari filem AADC)..aku suka dengan bahasa sastera yang indah..tapi aku tak pandai nak cipta puisi sendiri..kalau ada pun, tu bukan puisi..sekadar luahan rasa di kala sepi...kadang2 ayat tu datang sendiri...bila baca mcm best plak...biarpun takde bakat dengan ayat yang tersekat2....tapi aku puas...

Monday, March 30, 2009

aku dan politik


  • baru2 ni..Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mencadangkan agar guru kelas A diberi kelonggaran untuk berpolitik.
  • ada yang berkata setuju dan ada yang kurang setuju...
  • presiden NUTP, Hashim Adnan berkata:
"ini merupakan perkembangan positif, jadi lebih ramailah golongan profesional dan berpendidikan akan terlibat secara langsung"
  • Setiausaha Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Mohd Nardin Awang berkata:
“Jika diimbas semula dalam sejarah politik negara, guru adalah pencetus dan penggerak Umno. Guru memainkan peranan kerana sebagai pendidik, guru mempunyai pengaruh untuk memandu pemikiran masyarakat.

  • Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Abdul Karim Abdullah berkata
“Saya khuatir tumpuan sedikit sebanyak terjejas jika guru-guru dibenarkan berpolitik. Ini kerana guru kini sangat berbeza dengan guru zaman dulu.

“Lagipun, kita tak pasti guru itu prokerajaan atau anti kerajaan, jadi nanti timbul salah faham politik dan pelajar pula yang akan jadi mangsa,” katanya kepada Bernama.

  • dan akhirnya aku berkata:

" aku sebenarnya bosan dengan senario potilik negara yang semakin celaru, membuatkan aku keliru dengan tindakan yang terburu-buru..dan keadaan semakin haru biru...bila guru berkecimpung dengan politik, adakah tidak akan timbul masalah
  • jika guru terlibat dalam rasuah politik kerana terlalu fanatik
  • jika guru terlibat dengan politik wang untuk mempertahankan gawang
  • jika guru melibatkan pelajar dan membuatkan pelajar tersasar
  • jika guru sudah mementingkan dunia politik dan hebat dalam mengkritik
  • jika guru tidak lagi mengambil berat dengan masalah pelajar yang semakin sarat
fikir-fikirkanlah...dunia pendidikan dan dunia politik mempunyai banyak perbezaan...jika memperjuangkan sesuatu agenda..pastikan matlamat utama adalah untuk kepentingan anak bangsa tidak kira di bandar atau di ceruk2 kampung...jangan biarkan anak bangsa semakin hanyut dengan arus kemodenan dan jangan biarkan anak bangsa sesat kerana ketinggalan zaman..

Saturday, March 28, 2009

Sepi


Kadang2 hati ini....sunyi dan sepi...
sunyi kerana apa?
sepi kerana apa?

kadang2 hati ini...sukar ditafsirkan...
aku mengeluh..
bukan kerana penat
bukan kerana tenat
tapi hati ini sunyi...sepi..

namun...
hati ini harus dijaga...
hati ini harus dibaja...
kerana hati ini anugerah Dia..

Tuesday, March 24, 2009

SIBUK....


Letih...

ermm....biasanya nak dekat exam ni..tugasan berkurang..tapi makin bertambah pulak...huhu..letih gak otak ni...tapi kena terima gak dengan hati yang terbuka dan semangat yang membara...kerja2 aku adalah seperti berikut:

  • 30.03.09 - hantar assignment Kaedah Mengajar Matematik (TMP 2023)
  • 01.04.09 - hantar proposal (TMP 3043)
  • 02.04.09 - hantar assignment kritik jurnal (TMP 3063)
  • 04.04.09 - test TMC 3033
  • 05.04.09 - hantar Lesson Plan Kimia
  • 08.04.09 - hantar asgment TMC 3033
  • 10.04.09 - macroteaching Kimia (aku kena mengajar dlm masa 40 minit)
  • 14.04.09 - microteaching Matematik (kena mengajar dlm masa 15 minit )
  • 14.04.09 - hantar Teaching Materials asgment
  • 16.04.09 - macroteaching Matematik (group project-present 40 mint )
  • 21.04.09 - BERMULANYA PEPERANGAN SEBENAR...exam TMP 2023
  • 22.04.09 - exam TMP3063
  • 24.04.09 - exam TSP 3053
  • 27.04.09 - exam KPT 2063
  • 06.05.09 - exam TMC 3033
erm..aku tak pasti..kalau sepanjang minggu sebelum exam...kot kot ada lecturer yang baik hati nak top up assignment lagi...huhu...sem ni tak de study week...terus exam...aku memang tak sabar nak habiskan sem ni........

Sunday, March 22, 2009

BILA CIKGU SAKIT JIWA


BETUL KE RAMAI CIKGU SAKIT JIWA?

Masa aku tengah tunggu bas nak balik KHAR, tg malim..aku habiskan masa ku dengan baca surat khabar KOSMO..mcm biasa, aku baca tajuk besar je dulu di muka depan dan muka belakang....tapi aku suka baca dari belakang..kira aku start dari berita sukan...erm..ada sesuatu yang menarik perhatian aku...tajuk berita tu berbunyi begini : MU HILANG KUASA BATIN...terpampang wajah sedih Wayne Rooney dan Cristiano Ronaldo..ye lah..minggu lepas kena belasah dengan Liverpool, pastu dengan Fulham plak...mesti kawan2 aku yang minat MU kecewa gak...huhu..tapi motif utama aku sekarang ni bukannya nak cerita tentang MU ni...

berbalik kepada tajuk di atas...RAMAI CIKGU SAKIT JIWA..Profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami TEKANAN MENTAL...
  • menurut kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), didapati 70% daripada 90 000 guru di seluruh negara mengalami tekanan
  • tekanan yang dimaksudkan tertekan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan pelajar....belum lagi dengan tekanan di rumah..suami buat hal, anak-anak buat masalah, pembantu rumah lagi...huwaaa..tension2
  • guru zaman sekarang sangat sibuk...contohnya, sibuk dengan persatuan, panitia, kelab, rumah sukan, kursus dan gerak kerja luar sekolah...banyakkan....
  • ibu bapa pula sentiasa menaruh harapan yang tinggi kepada cikgu2 untuk menjadikan ank mereka cemerlang dalam pelajaran...
  • kalau anak2 mereka kurang cemerlang, ada jugak ibu bapa yang menuduh cikgu2 ni tak pandai mengajar lah, makan gaji buta lah..mcm2..sedangkan kejayaan anak2 tidak bergantung kepada pengajaran di sekolah...
  • jadi, kepada sahabat2 yang bakal menjadi guru..termasuk aku sendiri..kita mestilah merpersiapakn diri dari segi mental dan fizikal..kita haruslah sentiasa bersemangat dan tidak mudah patah semangat....kerana jika......

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa



Saturday, March 21, 2009

Earth Hour


60 minit untuk bumi...

E
arth Hour adalah program tahunan sedunia yang dianjurkan WWF pada setiap Sabtu ketiga bulan Mac untuk meningkatkan kesedaran perlunya tindakan segera diambil dalam menghadapi perubahan iklim dunia....
..ini bermakna, pada 28 Mac 2009 kempen ni akan bermula...


  • kempen ni sangat senang...tak perlu jeritan, laungan, perarakan atau demonstrasi jalanan untuk mencapai satu agenda..
  • hanya memadamkan lampu atau kelengkapan elektrik yang lain bagi tempoh sejam..
  • biarpun kempen ni mudah tetapi memberi impak yang positif iaitu membantu mengurangkan kesan pemanasan global.
  • beberapa bangunan pencakar langit yang akan menyertai kempen ni ialah KLCC, Dataran Merdeka, KL Sentral dan banyak lagi..
  • aku rasa mcm nak gi k.l je minggu depan..nak tgk KLCC dalam keadaan gelap...tapi...
  • kepada penduduk malaysia yang mempunyai rasa sayang terhadap bumi, boleh menyokong kempen Earth Hour dengan melayari laman web www.earthhour.org/malaysia.
Our earth is in trouble, and we've got to save it.......

Thursday, March 19, 2009

Kritikan yang membina...

Tepat jam 4.05 petang, aku dan sahabat2 (Puteri n Sara) masuk ke makmal komputer utk subjek Teknologi Dalam Pengajaran Matematik (TMP 3063)......erm Puan Roslin dah ada dalam makmal..kira kami agak lambat..lima minit je pun...Hari ni, tentatif kelas mcm biasa..ada individual presentation about GSP software...so, tengok je la sahabat2 yang present diorang punya hasil tugasan..ada yang menarik perhatian aku dan ada gak yang membuatkan aku tak fokus..apapun setiap orang mempunyai cara yang berbeza...tiba-tiba PN ROSLIN : lepas ni NURUL AINI.....apalagi..debaran mula terasa..namun ia masih dapat dikawal..so, giliran aku..mcm biasa mulakan presentation dengan memberi salam....aku pun present la dengan yakinnya biarpun terselit sedikit rasa debar...tiba-tiba...kedengaran suara lantang dari Puan Roslin memberi komen tentang hasil tugasan aku...aku pun memberi sedikit penjelasan yang agak bernas dan boleh diterima (masa tu..cuak jugak)..selepas habis je presentation..aku terus jumpa Puan Roslin dan kami berdiskusi secara ringkas tentang hasil tugasan...Alhamdulillah..mendapat feedback yang baik..dan aku menjadi lebih semangat..MAKA MELANGKAHLAH DENGAN GAGAH BERANI..JANGAN BERHENTI..BERSEMANGATLAH..

Wednesday, March 18, 2009

SEJENAK TENTANG CINTA...........


Tentang Cinta........

Tentang Cinta.....jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya..DATO' DR Pahrol Mohd Joui

CINTA? ADA APA DENGAN CINTA? SALAHKAH BERCINTA? ADAKAH ITU CINTA?
erm..kadang2 soalan berbentuk subjektif ini singgah ke dalam kotak pemikiran aku...hanya singgah sebentar...tak lama....aku bukan bijak dalam menterjermah makna CINTA.....biarpun aku pernah bercinta...tapi aku takpasti sama ada itu cinta monyet atau cinta kingkong..cinta biasa atau cinta luar biasa...main2 cinta atau betul2 cinta......yang pasti..kehidupan kita di dunia ini adalah untuk mencari cintaNYa....

Tuesday, March 17, 2009

Aku budak baru belajar.....

Assalamualaikum....

erm..akhirnya lahirlah sebuah blog yang serba kekurangan ini...maklumlah aku budak baru belajar...selama ni asyik baca blog orang jer...skang ni biar orang plak baca blog aku..hihihi..
itupun kalau diorang nak baca...apapun..melalui blog ni, aku harap dapat meningkatkan lagi gaya penulisan dan bahasa aku dari semasa ke semasa....Bahasa jiwa kepada bangsa....
Blog Widget by LinkWithin