BETUL KE RAMAI CIKGU SAKIT JIWA?
Masa aku tengah tunggu bas nak balik KHAR, tg malim..aku habiskan masa ku dengan baca surat khabar KOSMO..mcm biasa, aku baca tajuk besar je dulu di muka depan dan muka belakang....tapi aku suka baca dari belakang..kira aku start dari berita sukan...erm..ada sesuatu yang menarik perhatian aku...tajuk berita tu berbunyi begini : MU HILANG KUASA BATIN...terpampang wajah sedih Wayne Rooney dan Cristiano Ronaldo..ye lah..minggu lepas kena belasah dengan Liverpool, pastu dengan Fulham plak...mesti kawan2 aku yang minat MU kecewa gak...huhu..tapi motif utama aku sekarang ni bukannya nak cerita tentang MU ni...
berbalik kepada tajuk di atas...RAMAI CIKGU SAKIT JIWA..Profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami TEKANAN MENTAL...
- menurut kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), didapati 70% daripada 90 000 guru di seluruh negara mengalami tekanan
- tekanan yang dimaksudkan tertekan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan pelajar....belum lagi dengan tekanan di rumah..suami buat hal, anak-anak buat masalah, pembantu rumah lagi...huwaaa..tension2
- guru zaman sekarang sangat sibuk...contohnya, sibuk dengan persatuan, panitia, kelab, rumah sukan, kursus dan gerak kerja luar sekolah...banyakkan....
- ibu bapa pula sentiasa menaruh harapan yang tinggi kepada cikgu2 untuk menjadikan ank mereka cemerlang dalam pelajaran...
- kalau anak2 mereka kurang cemerlang, ada jugak ibu bapa yang menuduh cikgu2 ni tak pandai mengajar lah, makan gaji buta lah..mcm2..sedangkan kejayaan anak2 tidak bergantung kepada pengajaran di sekolah...
- jadi, kepada sahabat2 yang bakal menjadi guru..termasuk aku sendiri..kita mestilah merpersiapakn diri dari segi mental dan fizikal..kita haruslah sentiasa bersemangat dan tidak mudah patah semangat....kerana jika......
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
testing..
ReplyDeletehuhu...
ReplyDelete