Tuesday, October 27, 2009

Merenung masa depan


termenung seketika
merenung masa depan
memikirkan banyak perkara

mendongak ke langit yang tinggi
menikmati kedinginan malam seusai badai hujan
ku pejam mata...dan suara hati ku berkata
berusahalah..demi masa depan yang kau idamkan

Monday, October 26, 2009

Complex variables


sedang berusaha untuk memahami subjek Complex Variables..huhu..terlalu complex...susah nak faham...aduhai..chaiyok2..nurul..u can do it k...jangan cepat putus asa..ni last paper math yang nurl ambk kat UPSI..pasni..nurul check paper student plak..pelan2...insyaAllah..nanti faham la tu...tanya kawan2..diorang terror belaka....bincang sama2...cari penyelesaian...ok?

nurul kena ingat bahawa............

menuntut ilmu itu pun jihad..dapat pahala...ikhlaskanlah diri dalam menuntut ilmu...jadikan usaha kita menuntut ilmu sebagai satu perjuangan bukan sahaja untuk diri kita sendiri...tapi untuk Islam tercinta..amin

~memujuk diri sendiri agar sentiasa bersemangat~


Sunday, October 25, 2009

Cemburu


perasaan cemburu
kadang2 membuat aku keliru
terfikir....kenapa harus cemburu...
jangan salah sangka....cemburuku bersifat positif
cemburu yang memberi kebaikan kepada diriku...
insyaAllah...

Saturday, October 24, 2009

Takde tajuk

Assalamualaikum

ermmm....time ni baru habis study subjek COMPLex Variable....part Taylor Series..saje nak cite..masa aku dok menelaah pelajaran dengan tekunnya sambil mengerut dahi...dan sempat lagi membelek jerawat yang memenuhi pipiku yang tembam nih...dan bintik2 y melingkari mataku hihi..(apa dia tu..hanya orang melihatku dengan jarak yang dekat je tau..)..tiba-tiba...aku rasa nak call sapa2 je la..maklumla...dapat call free...mula2 nak call yani..tapi dia ada exam...call yat..tak angkat plak..pastu call sara...yes..angkat....sembang2..bla bla bla...pastu rehat kan telinga ni jap...call pia plak..hehe...sembang2...bla...bla..pastu yani miscall...baru habis exam...so call dia..sembang2..bla bla...secara kesimpulannya...aku study cuma 15 minit..bgayut dalam telefon 60 minit...huhu...

pastu..apa aku buat..tetiba rasa nak ambk gambar lap top aku nih..hehe..

Jenama ACER..Aspire 4935..sayang kamu..oh laptop ku..actually..aku beli laptop ni time aku sem 6..kira agak baru la....masa sem 1-2..memang tak terfikir lagi nak beli..lagipun time tu harga ltop mahal....masa sem 3-4..memang ada keinginan nak beli..tapi syik dok tangguh...tak pe..beli sem 5 la...hehe..bila sem 5...semangat nak beli...tapi takbeli2 pun..so sem 6..patut beli...lagipun sem tu..banyak gile assignment...memang aku membutuhkan ltop..ltop bukan lagi menjadi satu kemahuan...tapi satu keperluan...

~pengalaman takde ltop selama 5 sem....hanya aku dan pia je yang tau...hehe..~

ngantuk...selamat malam...zzzzzzz

Friday, October 23, 2009

Salahkah Bercinta?



Ingin cinta dan dicintai adalah naluri...ia adalah fitrah tabi'e yang Allah kurniakan kepada manusia.....Rasa cinta tidak salah..tetapi kesalahan sering berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta...di sinilah berlakunya 'cinta terlarang'.....

Ketika itu fitrah akan bertukar menjadi fitnah..bila kehendak tabi'e tidak disalurkan atau diisi dengan mengikut peraturan Allah, maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan...Jadi janganlah kita hanya mengakui cinta itu dari Allah...tetapi akuilah juga adaNya peraturan cinta..yang juga datang dari Allah...

Tanpa peraturan...akan terjadinya cinta terlarang...cinta yang sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri...


sudah dapat apa yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar..sering terjadi bila cinta dipulun habis2an tanpa batas syariat sebelum berkahwin..maka bila berkahwin..kemanisan cinta akan semakin lama semakin berkurang..

cinta mesti ada 'class'..cinta sejati..bukan dari mata turun ke hati..tetapi dari hati turun ke mata

~cintailah olehmu seseorang itu jika falsafah pandangan hidupnya sesuai dengan kamu~

sumber : buku Tentang Cinta (Pahrol Mohd Joui)

p/s : gunakan masa dengan sebaik2nya..untuk membuat pilihan, menilai semula dan mencari keputusan y tbaik.....



23 OkToBer 2009





Selamat Ulang Tahun yang ke-22

buat

Nurul Aini bt Arnis Sutan Sati

~ Alhamdulillah....hari ni genap usiaku 22 tahun...semakin dekat langkahku menuju ketetapan 'itu'..syukur kepada Allah kerana masih memberi kesempatan kepadaku untuk hidup di dunia ini....semoga umur yang berbaki ini dimanfaatkan dalam berbuat taat kepadaNYa..amin..

~semoga diberikan kesihatan yang baik untuk bisa mengoptimalkan ibadah kepadaNYa~
~semoga diri ini sentiasa ceria dan bahagia selalu...semoga hati ini terhindar dari penyakit hati..jika ada simpton2 penyakit ni...cepat2 la mencari ubatnya...~
~semoga diri ini ceria dan bahagia selalu~
~semoga diri ini kuat menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup~
~semoga diri ini bertemu dengan pria(calon suami) yang dapat membimbingku dalam segala hal terutamanya agama...sama2 berpimpin tangan menuju ke alam syurga...hehe~


ku terima mesej ulang tahun dari mama:

~ selamat ulang tahun...moga cepat dapat jodoh, sehat selalu dan berjaya, tercapai cita2 jadi anak solehah...amin...

Thursday, October 22, 2009

Hanya Lagu

Kelantan Darul Naim



Assalamualaikum......

Alhamdulillah..setelah sekian lama aku memendam keinginan untuk ke negeri Cik Siti Wan Kembang.....akhirnya..pada hari khamis yang lalu (15/10/09) aku berpeluang menjejakkan kaki ke sana..

pada mulanya..hatiku agak berat kerana memikirkan banyak perkara...(masa, kewangan dan tuntutan kerja yang lain)...tapi..hatiku yang agak keras bagaikan kerikil ini...akhirnya menjadi lembut kerana tidak tahan dengan pujukan yat yg tidak henti2 dan ditambah lagi dengan wajah sara yang memang 'excited gile' nak ke sana...jadi..aku setuju..

15/10/09

Di KL Sentral

kami sepakat untuk menaiki KTMB di KL Sentral...tepat pukul 8.30 malam..maka berangkatlah kami...disebabkan kami bertiga..sudah pasti salah seorang daripada kami akan duduk dengan penumpang yang lain....hatiku agak berdebar menanti siapakah yang bakal duduk di sebelahku..aku harap sangat penumpang tu adalah perempuan..tapi sebaliknya...si pria berkulit hitam manis memulakan bicara tanda perkenalan...setelah beberapa jam kemudian..si pria berlalu pergi..dan tempat kosong diisi dengan seorang perempuan cina...alhamdulillah..dapt juga aku tidur dengan lena.....

16/10/09

Stesen Wakaf Baru

Alhamdulillah..dah sampai....cuba teka kami sampai di Stesen Wakaf Baru pukul berapa??? pukul 10.30 pagi......bayangkan 14 jam perjalanan...mengambil masa yang sangat panjang..apapun perasaan yg gembira ini menenggelamkan segala rasa penat...

sepanjang perjalanan ke rumah yati...aku sangat teruja melihat tulisan jawi yang tertera di setiap 'signboard'...terharu..inilah keistimewaan negeri Kelantan Darul Naim yang juga dikenali sebagai 'Serambi Mekah'...

Hari pertama


Jalan2 di Pantai Irama Bachok...menikmati suasana matahari terbenam...

~pada waktu malam..kami pergi ke Wakaf Che Yah..banyak tudung murah kat sana..sempat juga aku membeli beberapa helai tudung....~

Hari ke-2 (17/10/09)

Shopping time at Kota Bharu

Di Pasar Besar Siti Khadijah

~pasar yang popular di keLantan....besar dan luas..mcm2 ada~

Kami sangat gembira

Hari ke-3 (18/10/09)

Di Pusat Batik Kelantan

~belum ada peluang nak beli kain batik ni..budget lari..tapi serius..batik2 kat sana memang cantik sangat...hehe~

Hari ke-4 (19/10/09)

Masa untuk pulang ke Tanjung Malim


Ada rezki...insyaAllah..akan ke sana lagi.....


Wednesday, October 21, 2009

Di sebalik nama...

Assalamualaikum.....erm..nak cite pasal apa yer...ermmmmm...time ni aku letih sebenarnya...tak larat....aduhai...

ermmm.ada apa dengan nama?...setiap orang ada nama masing2 kan....nama ku..Nurul Aini...dulu kawan2 sekolah..panggil aku nurul...masa kat matrik...aku pun perkenalkan diri aku Aini...tapi ada jugak yang aku suruh panggil Nurul....tapi bila orang panggil aku aini..aku bahasakan diri Nurul..tershashul..hehe...takpe..janji tu nama aku..bukan nama orang lain..


rahsia di sebalik namaku menurut DR. HM Tuah Iskandar



A -- Anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda.(jarang)
I -- Anda mudah senyum dan boleh buat orang lain tersenyum ..(ye..suke senyum..)
N -- Anda suka bekerja, tapi sll mahukan kerehatan.
(jap lagi nak gi keja..)
I--sama mcm atas....

ok lah..nak rehat jap....jap lagi nak keja..

p/s : kalau nak tau lebih lanjut pasal nama ni..boleh la tgk blog kwn saya....sofiah..

p/s: sebenarnya..aku takde idea...otak beku...

Wednesday, October 14, 2009

Taubat

wahai Tuhan jauh sudah
lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarmu

wahai Tuhan aku lemah
hilang terumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

Ya robbi, ijinkanlah
aku kembali padamu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambamu

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

berilkanlah aku
kesempaatn waktu
aku ingin kembali
kembali...

dan meski aku tak layak
sujud padamu
dan sungguh tak layak
aku...

Sunday, October 11, 2009

Apabila ditegur....

Ketika kita ditegur kerana kesalahan yang memang kita lakukan...berlapang dada lah....berfikirlah dengan akal dan jiwa yang waras...yer..tidak dinafikan tidak semua orang dapat menerima teguran dan kritikan dari si penegur...sukar menerima kesalahan diri..tapi berusahalah untuk menerima teguran itu...jangan sampai kita nih dapat penyakit jiwa..penyakit susah menerima teguran dan nasihat......

apabila ditegur :

  • berfikirlah dengan dengan akal dan jiwa yang waras, tidak emosional dan dikuasai perasaan.
  • Segera bersangka baik bahawa si penegur yang menasihati kita tersebut sebenarnya sangat sayang akan kita sehingga ia sangat berharap perubahan yang positif dari tegurannya, bukan merendahkan kita.
  • Anggaplah bahwa kejadian ditegur atas kesilapan ini adalah cara Allah s.w.t. mendidik kita secara langsung. Allah sangat sayang kepada kita sehingga ditakdirkan ada orang yang berani menegur dan memperbaiki kesilapan kita. Nikmatilah tarbiyah Allah ini..
  • Berusaha melihat sesuatu dengan berjiwa besar dan berpandangan luas (big picture). Sekiranya timbul perasaan malu dan jatuh maruah ketika ditegur, yakinkan diri dengan segera bahawa orang yang berlapang dada dengan teguran akan lebih dihormati.
  • Bersyukur lantaran ada orang yang menegur agar kita tidak semakin leka, lalai dan terseleweng. Bayangkan jika kita terus di atas jalan kesilapan tersebut.. bagaimana natijahnya?

~terima kasih~

Tempat Praktikum



SEMESTI

Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI)

InsyaAllah..tahun depan...aku dan juga rakan2 ku yang lain akan menjalani alam praktikum di SEMESTI



belum pernah ke Teluk Intan..InsyaAllah..sebelum praktikum aku akan ke sana...meninjau kawasan sekitarnya...mencari rumah sewa...belum tanya pihak sana tentang penempatan untuk guru praktikal disediakan atau tidak..kalau ada asrama untuk guru...alangkah bagusnya..dekat dengan sekolah..gi sekolah jalan kaki...jimat duit...heee..

p/s : erm ..nak panggil cikgu nurul ke..or cikgu aini...hehe..disbbkan ada 4 orang nama nurl..so panggil cikgu aini...tapi panggil cikgu nurul aini pun ok gak..

Saturday, October 10, 2009

Community Awareness (1)


Assalamualaikum

Hari Khamis (8/10/09) yang lepas aku dan rakan2 Group D ( TSE ) terlibat dengan pembentangan hasil kajian berkaitan dengan masalah2 alam sekitar di Tanjung Malim..pembentangan ini adalah bersempena dengan projek Community Awareness (TSE)....kumpulan kami telah sebulat suara untuk mengkaji masalah tentang kitar semula di Taman Bahtera (kolej KUO, KHAR dan Taman2 Perumahan)...


~ kotak2 yang boleh dikitar semula~


idea ini tercetus apabila kami melihat sendiri banyak sampah2 yang boleh dikitar semula terutamanya paper, kotak2 yang dibuang begitu sahaja...keadaan ini dapat dilihat dengan jelas di depan Kedai Runcit tempat aku kerja part time.. setelah selesai mengenal

pasti masalah..maka beberapa siri perbincangan telah dijalankan..sama2 mencari maklumat..sama2 melontarkan idea...kadang2 adanya perbezaan pendapat...maka di cari titik persamaan..agar semua bergerak dengan lancar...


~diskusi di bilik 24 jam~


~diskusi di library tingkat 3~


Beberapa hari sebelum pembentangan..hati ini mula berd

ebar2...tak tenang...sedikit tension..berusaha untuk mengawal perasaan yang agak haru biru..ka

mi sama2 bertungkus lumus menyiapkan "board" panel

masing2..


~Shahir (ketua) tekun membetulkan panel~


akhirnya hari yang ditunggu2 telah tiba

(slot 3 : 2 ptg - 4 ptg )


kami sudah bersedia!!!


setiap panel akan menguhuraikan isi yang berbeza dlm masa plus minus

3 minit...seorang akan terangkan isi dan seorang lagi akan tunjukkan point di 'board'..kami dihakimi pleh 3 orang hakim yang sentiasa berpaksikan keadilan...a

ku ditugaskan untuk membentangkan panel 3..manakala yat sebagai pointer terbaikku..



~ kemudian...untuk sesi soal jawab...ketiga2 hakim bertanyakan soalan yang berkaitan dengan panel 3..agak cuak...jawab je la apa yang aku rasa betul...shahir mengukuhkan lagi jawapan dengan lontaran idea yang jelas...ditambah dengan penerangan ijan yang panjang lebar.....dan pembentangan dikemaskini dengan kata-kata penutup oleh Shahir yang membuatkan hakim2 tersenyum dan mengangguk tanda setuju.


~Alhamdulillah....selesai...~



Thursday, October 1, 2009

Kampungku..gegar

Tika itu..aku baru pulang dari kerja...penat..letih..lelah..lenguh...longlai
...layan FB jap...on ym....
tetiba...sara BUZZ

'aini ada rasa gegar tak'
kite aras 6..rasa gegar....

( dalam hati..gegar apa plak dah ni..)

semua student KHAR dah kecoh
masing2 mengambil langkah untuk turun n berkumpul di bawah

(tak turun....lambat bertindak..jangan kelam kabut..cuba bersikap tenang)

aku masih dalam keadaan tertanya2...
terus search utusan..

Sumatera Barat digegarkan dengan gempa berukuran 7.9 pada skala Richter. Bencana tersebut dilaporkan turut menyebabkan kebakaran di bandar Padang dan bekalan elektrik terputus mengakibatkan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri.

~ kaget...Ya Allah..mcm mana keadaan keluarga ku di kampung..dari Padang ke Bukit Tinggi..lebih kurang 1 jam perjalanan...sudah pasti kg ku mengalami gegaran~
-call KIKI..tak dapat2..-
-call MAMa....Mama call kg tak dapat2-
-Mak Cik call saudara yang lain...alhamdulillah..dapat berita dari kg...kg ku selamat...bekalan elektrik terputus....hujan lebat..-


inilah kampungku...rumahku menghadap gunung berapi yang masih aktif..

~damai dan tenang~

~kabus pagi...kampungku sangat dingin~

~ di saat subuh yang hening~

~ dikelilingi sawah padi yang hijau~

~ hijau yang tenang~

~ kadang2 kerbau lalu..kuda pun lalu jugak~

mula rindukan suasana kampung yang mendamaikan...
pagi2..selepas solat subuh..kami selalunya akan jalan2 di sekitar kawasan kampung
menikmati kedinginan pagi...
beli katagor (katan goreng)..beli lontong...
~rindu~

p/s : bila la agaknya boleh balik kg lagi...
Blog Widget by LinkWithin