Thursday, October 22, 2009

Kelantan Darul Naim



Assalamualaikum......

Alhamdulillah..setelah sekian lama aku memendam keinginan untuk ke negeri Cik Siti Wan Kembang.....akhirnya..pada hari khamis yang lalu (15/10/09) aku berpeluang menjejakkan kaki ke sana..

pada mulanya..hatiku agak berat kerana memikirkan banyak perkara...(masa, kewangan dan tuntutan kerja yang lain)...tapi..hatiku yang agak keras bagaikan kerikil ini...akhirnya menjadi lembut kerana tidak tahan dengan pujukan yat yg tidak henti2 dan ditambah lagi dengan wajah sara yang memang 'excited gile' nak ke sana...jadi..aku setuju..

15/10/09

Di KL Sentral

kami sepakat untuk menaiki KTMB di KL Sentral...tepat pukul 8.30 malam..maka berangkatlah kami...disebabkan kami bertiga..sudah pasti salah seorang daripada kami akan duduk dengan penumpang yang lain....hatiku agak berdebar menanti siapakah yang bakal duduk di sebelahku..aku harap sangat penumpang tu adalah perempuan..tapi sebaliknya...si pria berkulit hitam manis memulakan bicara tanda perkenalan...setelah beberapa jam kemudian..si pria berlalu pergi..dan tempat kosong diisi dengan seorang perempuan cina...alhamdulillah..dapt juga aku tidur dengan lena.....

16/10/09

Stesen Wakaf Baru

Alhamdulillah..dah sampai....cuba teka kami sampai di Stesen Wakaf Baru pukul berapa??? pukul 10.30 pagi......bayangkan 14 jam perjalanan...mengambil masa yang sangat panjang..apapun perasaan yg gembira ini menenggelamkan segala rasa penat...

sepanjang perjalanan ke rumah yati...aku sangat teruja melihat tulisan jawi yang tertera di setiap 'signboard'...terharu..inilah keistimewaan negeri Kelantan Darul Naim yang juga dikenali sebagai 'Serambi Mekah'...

Hari pertama


Jalan2 di Pantai Irama Bachok...menikmati suasana matahari terbenam...

~pada waktu malam..kami pergi ke Wakaf Che Yah..banyak tudung murah kat sana..sempat juga aku membeli beberapa helai tudung....~

Hari ke-2 (17/10/09)

Shopping time at Kota Bharu

Di Pasar Besar Siti Khadijah

~pasar yang popular di keLantan....besar dan luas..mcm2 ada~

Kami sangat gembira

Hari ke-3 (18/10/09)

Di Pusat Batik Kelantan

~belum ada peluang nak beli kain batik ni..budget lari..tapi serius..batik2 kat sana memang cantik sangat...hehe~

Hari ke-4 (19/10/09)

Masa untuk pulang ke Tanjung Malim


Ada rezki...insyaAllah..akan ke sana lagi.....


1 comment:

  1. bestnye g kelate..

    ore pun nk g gk..

    p/s::nurun, dh pndi kecek kelate?

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin