Friday, October 23, 2009

23 OkToBer 2009





Selamat Ulang Tahun yang ke-22

buat

Nurul Aini bt Arnis Sutan Sati

~ Alhamdulillah....hari ni genap usiaku 22 tahun...semakin dekat langkahku menuju ketetapan 'itu'..syukur kepada Allah kerana masih memberi kesempatan kepadaku untuk hidup di dunia ini....semoga umur yang berbaki ini dimanfaatkan dalam berbuat taat kepadaNYa..amin..

~semoga diberikan kesihatan yang baik untuk bisa mengoptimalkan ibadah kepadaNYa~
~semoga diri ini sentiasa ceria dan bahagia selalu...semoga hati ini terhindar dari penyakit hati..jika ada simpton2 penyakit ni...cepat2 la mencari ubatnya...~
~semoga diri ini ceria dan bahagia selalu~
~semoga diri ini kuat menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup~
~semoga diri ini bertemu dengan pria(calon suami) yang dapat membimbingku dalam segala hal terutamanya agama...sama2 berpimpin tangan menuju ke alam syurga...hehe~


ku terima mesej ulang tahun dari mama:

~ selamat ulang tahun...moga cepat dapat jodoh, sehat selalu dan berjaya, tercapai cita2 jadi anak solehah...amin...

Thursday, October 22, 2009

Hanya Lagu

Kelantan Darul Naim



Assalamualaikum......

Alhamdulillah..setelah sekian lama aku memendam keinginan untuk ke negeri Cik Siti Wan Kembang.....akhirnya..pada hari khamis yang lalu (15/10/09) aku berpeluang menjejakkan kaki ke sana..

pada mulanya..hatiku agak berat kerana memikirkan banyak perkara...(masa, kewangan dan tuntutan kerja yang lain)...tapi..hatiku yang agak keras bagaikan kerikil ini...akhirnya menjadi lembut kerana tidak tahan dengan pujukan yat yg tidak henti2 dan ditambah lagi dengan wajah sara yang memang 'excited gile' nak ke sana...jadi..aku setuju..

15/10/09

Di KL Sentral

kami sepakat untuk menaiki KTMB di KL Sentral...tepat pukul 8.30 malam..maka berangkatlah kami...disebabkan kami bertiga..sudah pasti salah seorang daripada kami akan duduk dengan penumpang yang lain....hatiku agak berdebar menanti siapakah yang bakal duduk di sebelahku..aku harap sangat penumpang tu adalah perempuan..tapi sebaliknya...si pria berkulit hitam manis memulakan bicara tanda perkenalan...setelah beberapa jam kemudian..si pria berlalu pergi..dan tempat kosong diisi dengan seorang perempuan cina...alhamdulillah..dapt juga aku tidur dengan lena.....

16/10/09

Stesen Wakaf Baru

Alhamdulillah..dah sampai....cuba teka kami sampai di Stesen Wakaf Baru pukul berapa??? pukul 10.30 pagi......bayangkan 14 jam perjalanan...mengambil masa yang sangat panjang..apapun perasaan yg gembira ini menenggelamkan segala rasa penat...

sepanjang perjalanan ke rumah yati...aku sangat teruja melihat tulisan jawi yang tertera di setiap 'signboard'...terharu..inilah keistimewaan negeri Kelantan Darul Naim yang juga dikenali sebagai 'Serambi Mekah'...

Hari pertama


Jalan2 di Pantai Irama Bachok...menikmati suasana matahari terbenam...

~pada waktu malam..kami pergi ke Wakaf Che Yah..banyak tudung murah kat sana..sempat juga aku membeli beberapa helai tudung....~

Hari ke-2 (17/10/09)

Shopping time at Kota Bharu

Di Pasar Besar Siti Khadijah

~pasar yang popular di keLantan....besar dan luas..mcm2 ada~

Kami sangat gembira

Hari ke-3 (18/10/09)

Di Pusat Batik Kelantan

~belum ada peluang nak beli kain batik ni..budget lari..tapi serius..batik2 kat sana memang cantik sangat...hehe~

Hari ke-4 (19/10/09)

Masa untuk pulang ke Tanjung Malim


Ada rezki...insyaAllah..akan ke sana lagi.....


Wednesday, October 21, 2009

Di sebalik nama...

Assalamualaikum.....erm..nak cite pasal apa yer...ermmmmm...time ni aku letih sebenarnya...tak larat....aduhai...

ermmm.ada apa dengan nama?...setiap orang ada nama masing2 kan....nama ku..Nurul Aini...dulu kawan2 sekolah..panggil aku nurul...masa kat matrik...aku pun perkenalkan diri aku Aini...tapi ada jugak yang aku suruh panggil Nurul....tapi bila orang panggil aku aini..aku bahasakan diri Nurul..tershashul..hehe...takpe..janji tu nama aku..bukan nama orang lain..


rahsia di sebalik namaku menurut DR. HM Tuah Iskandar



A -- Anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda.(jarang)
I -- Anda mudah senyum dan boleh buat orang lain tersenyum ..(ye..suke senyum..)
N -- Anda suka bekerja, tapi sll mahukan kerehatan.
(jap lagi nak gi keja..)
I--sama mcm atas....

ok lah..nak rehat jap....jap lagi nak keja..

p/s : kalau nak tau lebih lanjut pasal nama ni..boleh la tgk blog kwn saya....sofiah..

p/s: sebenarnya..aku takde idea...otak beku...

Wednesday, October 14, 2009

Taubat

wahai Tuhan jauh sudah
lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarmu

wahai Tuhan aku lemah
hilang terumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

Ya robbi, ijinkanlah
aku kembali padamu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambamu

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

berilkanlah aku
kesempaatn waktu
aku ingin kembali
kembali...

dan meski aku tak layak
sujud padamu
dan sungguh tak layak
aku...

Sunday, October 11, 2009

Apabila ditegur....

Ketika kita ditegur kerana kesalahan yang memang kita lakukan...berlapang dada lah....berfikirlah dengan akal dan jiwa yang waras...yer..tidak dinafikan tidak semua orang dapat menerima teguran dan kritikan dari si penegur...sukar menerima kesalahan diri..tapi berusahalah untuk menerima teguran itu...jangan sampai kita nih dapat penyakit jiwa..penyakit susah menerima teguran dan nasihat......

apabila ditegur :

  • berfikirlah dengan dengan akal dan jiwa yang waras, tidak emosional dan dikuasai perasaan.
  • Segera bersangka baik bahawa si penegur yang menasihati kita tersebut sebenarnya sangat sayang akan kita sehingga ia sangat berharap perubahan yang positif dari tegurannya, bukan merendahkan kita.
  • Anggaplah bahwa kejadian ditegur atas kesilapan ini adalah cara Allah s.w.t. mendidik kita secara langsung. Allah sangat sayang kepada kita sehingga ditakdirkan ada orang yang berani menegur dan memperbaiki kesilapan kita. Nikmatilah tarbiyah Allah ini..
  • Berusaha melihat sesuatu dengan berjiwa besar dan berpandangan luas (big picture). Sekiranya timbul perasaan malu dan jatuh maruah ketika ditegur, yakinkan diri dengan segera bahawa orang yang berlapang dada dengan teguran akan lebih dihormati.
  • Bersyukur lantaran ada orang yang menegur agar kita tidak semakin leka, lalai dan terseleweng. Bayangkan jika kita terus di atas jalan kesilapan tersebut.. bagaimana natijahnya?

~terima kasih~

Tempat Praktikum



SEMESTI

Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI)

InsyaAllah..tahun depan...aku dan juga rakan2 ku yang lain akan menjalani alam praktikum di SEMESTI



belum pernah ke Teluk Intan..InsyaAllah..sebelum praktikum aku akan ke sana...meninjau kawasan sekitarnya...mencari rumah sewa...belum tanya pihak sana tentang penempatan untuk guru praktikal disediakan atau tidak..kalau ada asrama untuk guru...alangkah bagusnya..dekat dengan sekolah..gi sekolah jalan kaki...jimat duit...heee..

p/s : erm ..nak panggil cikgu nurul ke..or cikgu aini...hehe..disbbkan ada 4 orang nama nurl..so panggil cikgu aini...tapi panggil cikgu nurul aini pun ok gak..

Blog Widget by LinkWithin