Saturday, May 9, 2009

Tesis oh tesis....


seorang demi seorang penghuni rumah 3-6-10 pulang ke kampung halaman masing2..hari ni kami tinggal berempat...yan (johor), kna (kedah) n su (perak) dah balik...alhamdulillah..selamat sampai..yang aku ni tak balik2 lagi nape ek..hehe..erm..mcm tak de perasaan jer..aduhaiii...tapi sebenarnya aku de keje skit nak kena settlekan..pasal tesis untk sem depan..banyak perkara la yang aku nak bincang dengan mdm zila..nanti bila dah balik penang..tak de lah otak aku ni dilanda ribut kencang..n keje aku bertambah senang..bolehla aku buat kajian dengan tenang tanpa tunang..ops..ada kena mengena ke..hehe.

bila kat penang, aku kena cari sekolah y mengajar mate guna ICT..aku takpasti la sama ada sekolah lama aku, Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kumbar tu..cikgu2 mate kat situ guna tak ICT ni masa mengajar ..biasanya cikgu senior n veteran ni lebih suka guna kaedah chalk n talk je..ala..mcm kita belajar dulu2..mana ada cikgu guna power point masa mengajar...banyak terangkan jer kan...tak pe..cuti ni aku gi sekolah lama..tanya cikgu add math kesayangan aku , Pn Roselawati..mungkin cikgu leh bantu..sambil tu boleh la aku melawat cikgu2 yg lain...dah lama aku tak gi melawat sekolah..mesti diorang rindu kat aku..ops..yer ker
to yani : hang wajib teman aku..ngeh3x

semoga aku dan sahabat2 yang lain dapt menjalankan kajian masing2 dengan lancar dan sempurna..insyaAllah..

namun..sudah pasti sahabat2 semua akan menghadapi cabaran dan ujian yang berbeza...tidak kira lah masalah tu timbut sebelum, semasa atau selepas proses membuat kajian..tapi di mana2 sahaja kita berada...setiap ujian yang datang itu adalah anugerah Sang Pencipta kepada kita..

Bukankah semakin banyak cabaran dan dugaan yang dihadapi membuatkan kita semakin dekat kepada Sang Pencipta?

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin