Saturday, July 18, 2009

RAKAN PENGGERAK ADDIN (RPA)


Pada Jumaat malam telah diadakan majlis pelancaran program Rakan Penggerak Addin di bawah foyer blok 2 KHAR...program ini mempunyai beberapa objektif..salah satunya adalah

  • menerapkan nilai2 murni secara berterusan bagi membentuk sahsiah dan jati diri pelajar

pelajar sem 1 yang tekun mendengar penerangan di depan

Program ini berkonsepkan halaqah...di mana setiap halaqah mempunyai 10-15 orang pelajar (sem 1) dan dipimpin oleh seorang pelajar (Naqib/Naqibah)...


sahabatku ain memberi tazkirah kepada adik2

setiap kumpulan akan melakukan pertemuan sebanyak enam kali pada setiap semester untuk berbincang tentang agama, isu-isu semasa, masalah2 ahli halaqah dan banyak lagi..perbincangan ini dijalankan secara santai tanpa membebankan fikiran ahli halaqah...

banyak manfaat yang diperolehi melalui program ini iaitu kita berpeluang

  • untuk mengenali diri sendiri
  • peluang untuk memperbaiki diri
  • peluang untuk melakukan perubahan dalam hidup
  • peluang untuk membina keyakinan diri dan banyak lagi
semoga program ini mampu membina keinsafan kepada bakal warga pendidik untuk terus mencari ilmu dan tekad untuk menjadikan anak2 didik bangsa sebagai agen perubah ke arah kebaikan dalam masyarakat dan negara pada masa akan datang...

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin