Friday, September 11, 2009

Lambaian Malar Hijau...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah.....tepat jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Sri Tanjung telah berlangsungnya Majlis Perasmian Pembukaan Kempen Kitar Semula sempena
UPSI'S ENVIRONMENTAL WEEK 2009..


objektif program ini dijalankan ialah untuk menggalakkan sikap kitar semula di kalangan pelajar, pensyarah dan staf UPSI....Majlis ini telah dirasmikan oleh Prof Dr Mustaffa b. Ahmad, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, UPSI.

Program kitar semula diadakan selama sebulan bermula 11.09.09 hingga 9.10.09...antara aktiviti menarik yang disediakan adalah pertandingan merekacipta drpd bahan2 terbuang..mengumpul bahan2 terbuang..

sepanjang majlis berlangsung

..aku dan sahabatku, Qat ditugaskan untuk menjadi Pengerusi Majlis..pada mulanya..perasaan ini agak berdebar..kerna baru pertama kali...tapi alhamdullillah..perasaan debar dan gemuruh di jiwa dapat ditangani apabila melihat wajah sahabat2 perjuangan yang tenang dan ceria...masing2 mengharapkan yang terbaik untuk program ini...

~aku & Qat~

Selepas majlis selesai..dif2 kehormat beredar..tiba2..alunan lagu raya berkumandang....secara automatik..majlis ni trasform jadi majlis raya (praSyawal)..hehe..seperti biasa..snap pic..sana situ sini..pensyarah pembimbing, Ms Hamidah pun tak ketinggalan join sekali..sangat sempoi..


Group D (TSE 2013)


Group 6
(Ketua : Mohd Shahir as Pengarah Program)


..Hijau..

semoga program ini berjalan dengan lancar
doakan yang terbaik..

Takbir raya sudah bergema,
santapan bersama ketupat dan lemang,
menjaga alam tanggungjawab bersama,
biarpun susah..hati kan tenang.

Indah purnama tidak terkata,
canti berseri di waktu malam,
peranan utama adalah kita,
membentuk diri cintakan alam.

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin